KEMASKINI Pesawat MH17 - 10.09 PAGI LAGI GAMBAR DAN VIDEO DI DALAM: Memang sangat malang Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Sebenarnya agak sukar untuk mencari ayat paling sesuai untuk mengambarkan senario ini selain memetik kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri " ini adalah hari yang tragik, dalam apa yang telahpun menjadi tahun yang tragik, bagi Malaysia".
Malaysia sekali lagi jadi tumpuan dunia. Siapa pernah duga belum selesai lagi misteri kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu. lewat Khamis malam bergegar pula berita pesawat MAS MH17 laluan Amsterdam ke KLIA jatuh terhempas dekat sempadan Ukraine dengan Russia. Lebih tragik ia dipercayai ditembak oleh
peluru berpandu darat ke udara.
peluru berpandu darat ke udara.
Video Pesawat #MH17 Terhempas FULL
Lebih malang lagi kalau MH370 dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi yang dalam pesawat MH17 pula terhempas dalam kawasan amat merbahaya yakni konflik pemisah Ukraine didokong Russia lawan kerajaan Ukraine.
Kedua-duanya jenis yang sama Boeing 777-200.
Kedua-duanya jenis yang sama Boeing 777-200.
Tandatanya terbesar yang berlegar satu dunia sekarang ialah bagaimana penyiasat antarabangsa hendak masok ke lokasi nahas di Timur Ukraine untuk buat siasatan kerana ia dikuasai oleh puak pemisah.
Selain itu tentulah pihak yang tembak MH17.Rata-rata termasuk pihak berkuasa Ukraine dakwa ia perbuatan puak pemisah Ukraine.
Seramai 298 nyawa - 288 penumpang dan 15 anak kapal terkorban dalam nahas itu.
Ikut laporan awal ,paling ramai kalangan penumpang ialah dari warga Belanda 143, Australia 27, Malaysia 20, Indonesia 11,British 6,Jerman 4, Belgium 3, Filipina 3 dan 1 Kanada. Kewarganegaraan 62 lagi penumpang boleh dapat dipastikan lagi.
Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu Amsterdam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi esok waktu Malaysia.
Desas desus mengenai nahas itu hangat sejak jam 10 malam dan memuncak awal jam 11 bila media antarabangsa seperti CNN,Reuters,Aljazerra dan lain-lain siar breaking news mengenainya.
Sekitar 11.30 malam twitter MAS mengesahkan pihaknya telah putus hubungan dengan MH17 dari Amsterdam.
Setengah jam kemudian Perdana Menteri menerusi twitter kata beliau terkejut dengan laporan kehilangan pesawat MAS.
Tidak lama selepas itu beliau bergegas ke bilik operasi MAS di KLIA untuk mendapat taklimat dan butir-butir mengenai nahas.
Pada waktu yang sama gambar-gambar bangkai pesawat,mayat bergelimpangan dan video kepulan asap menjulang tempat lokasi MH17 terhempas disiar oleh media Russia.
5.00 pagi - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sidang akhbar jam 4.50 pagi di KLIA kata tiada panggilan kecemasan diterima dari MH17 sebelum terhempas.
Menurutnya pesawat itu juga tak terbang dalam kawasan larangan.
Satu pesawat khas Malaysia akan dihantar ke ke Kiev,ibunegara Ukraine.
Menurutnya pesawat itu juga tak terbang dalam kawasan larangan.
Satu pesawat khas Malaysia akan dihantar ke ke Kiev,ibunegara Ukraine.
Pesawat itu akan bawa pasukan penyelamat dan perubatan. Najib kata beliau juga sudah dah hubungi Presiden Ukraine.
Perdana MenteriÂÂ memberitahu beliau menerima panggilan telefon dari pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang mahu menubuhkan sebuah pasukan antarabangsa untuk menyiasat tragedi MH17.
Menurut Perdana Menteri sekalipun pihak Ukraine kata pesawat MH17 ditembak namun buat masa ini Malaysia belum dapat pengesahan pasti sebab ia terhempas.
BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH PERDANA MENTERI :
BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH PERDANA MENTERI :
"Petang semalam, saya dimaklumkan mengenai berita yang amat dahsyat dan sangat mengejutkan bahawa sebuah pesawat Malaysia Airlines terhempas di timur Ukraine.
"Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa pesawat itu adalah Malaysia Airlines Penerbangan 17 yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
"Penerbangan itu berlepas pada 12.15 tengah hari, waktu tempatan. Ia dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan Malaysia.
"Pesawat itu adalah Boeing 777-200".
"Laluan penerbangan pesawat itu telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.
"Dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa telah menyatakan bahawa ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.
"Malaysia Airlines mengesahkan bahawa pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.
"Penerbangan itu membawa sejumlah 295 orang - merangkumi 280 penumpang dan 15 anak kapal.
"Malaysia Airlines kini dalam proses memaklumkan kepada waris penumpang dan anak kapal. Semua bentuk penjagaan yang sebaik mungkin akan diberikan kepada waris.
"Kita akan berusaha sedaya upaya.
"Sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, kita akan mendesak pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
"Pusat-pusat operasi kecemasan sudah pun ditubuhkan. Dalam beberapa jam lepas, pegawai-pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.
"Dan saya akan bercakap dengan beberapa pemimpin dunia dalam beberapa jam lagi.
"Saya telah pun beberapa kali bercakap dengan Perdana Menteri Netherlands.
"Saya juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine. Beliau berjanji akan menjalankan siasatan penuh, menyeluruh dan bebas, dan pegawai-pegawai Malaysia akan dijemput menyertainya.
"Presiden Ukraine juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu bagi menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat pesawat itu terhempas.
"Sebentar tadi, saya menerima panggilan daripada Presiden Obama.
"Saya dan beliau bersetuju bahawa siasatan itu perlu dijalankan tanpa sekatan.
"Sebuah pasukan antarabangsa perlu mempunyai akses sepenuhnya ke tempat pesawat itu terhempas.
"Dan tiada siapa pun patut mengganggu kawasan itu, atau mengalihkan sebarang serpihan, termasuk kotak hitam.
"Ini merupakan hari yang tragik, dalam tahun yang begitu tragik, bagi Malaysia.
"Sambil kita cuba memahami apa yang berlaku, doa dan harapan kita adalah untuk keluarga dan rakan mereka yang berada dalam penerbangan itu.
"Saya tidak dapat bayangkan apa yang sedang mereka alami pada saat-saat memilukan ini.
"Penumpang dan anak kapal penerbangan ini adalah dari banyak negara berbeza.
"Namun, hari ini, tanpa mengira kewarganegaraan, kita semua bersatu dalam kesedihan.
-18/7/2014
-18/7/2014
Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah "ditembak" namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.
17 Julai (Khamis)
* 12.15 Tengah Hari - (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.
* 11.15 MALAM - (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
18 Julai (Jumaat)
* 12.00 TENGAH MALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menulis tweet: "Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta."
- Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas itu.
* 2.07 PAGI - Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di selatan Ukraine selepas sebuah pesawat penumpang Malaysia terhempas di kawasan itu.
* 2.30 PAGI - Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di sempadan Ukraine adalah satu "tragedi dasyat" dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan sewajarnya untuk membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku.
MEDIA Russia dah siar gambar mayat penumpang MH17 bergelimpangan dan serpihan bangkai. PM akan berkejar ke bilik operasi MAS di KLIA.
MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine
Ini berita yang baru diterima dah riuh dikalangan media barat, bahawa pesawat Boeing 777 milik MAS MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Sehingga kini ada dua tiga laporan yang mengelirukan, ada yang kata jatuh, ada yang kata ditembak jatuh.
Yang pasti pesawat tersebut membawa 295 penumpang dan anak kapal.
Berita kehilangan pesawat kedua milik MAS dalam tempoh lima bulan itu menjadi tajuk utama 'breaking news' semua agensi berita antarabangsa sebentar tadi.
Sementara itu MAS melalui akuan twitternya mengesahkan sebuah pesawatnya MH17 kali terakhir dapat dihubungi di ruang udara Ukraine.
Laporan media barat memetik sumber industri pulak memberitahu pesawat tersebut terhempas selepas ditembak menggunakan roket dari darat ke udara di wilayah Ukraine yang sedang bergolak.
MENURUT RUSSIATODAY, pesawat penumpang tersebut dijangka memasuki ruang udara Rusia pada pukul 5:20 petang waktu tempatan, tetapi hilang tidak lama kemudian.
"Pesawat itu terhempas 60km dari sempadan, pesawat menghantar isyarat kecemasan," ITAR-Tass memetik sumbernya.'
Laporan itu menjelaskan penduduk menjumpai serpihan kapal terbang, yang mereka boleh katakan milik Boeing MH17 tetapi tidak melihat sebarang jasad manusia.-17/7/2014
Video amatur yang didakwa MH17 sedang berasap tersebar di youtube di dalam-18/7/2014
0 Comment "Pesawat MH17 dilapor ditembak jatuh di Ukraine"
Post a Comment