Cara Semak nombor pendaftaran Syarikat & perniaggan (SSM)
Assalamualaikum . Sehat ? kalau sehat bagus lah . Okay Hari ni tiba-tiba rasa semangat nak share kat sini tentang cara semakan ni walaupun dah berapa bulan cara semakan ni dah wujud.Seperti yang anda sedia maklum cara biasa untuk membuat semakan adalah melalui laman SSM. Tapi masalahnya kena daftar dan login terlebih dahulu lepas tu cookie dari web tu cepat je expired, lepas tu kena login balik. Leceh sikit. jadi saya telah bina satu alternatif untuk semakan ni. Harapnya memberi manfaat.
Ni contoh hasil dari semakan.
Sebenarnya sistem ni boleh semak nombor pendaftaran dan juga nama syarikat/perniagaan tapi untuk yang bahagian nama "search name" tu saya tak galakkan anda guna sebab ambil masa yang agak lama (up to 3 minutes loading).
Panduan untuk semak, PENTING!!!
1. Mula-mula layari laman ni
Semakan Maklumat Syarikat dan Perniagaan dari SSM
2. Dapatkan nombor pendaftaran
Contoh kalau nombor pendaftaran macam ni:
123456-P
Dalam ruangan "Search Registration Number :" masukkan 123456 sahaja yang P tu tak perlu.
Screenshot:
3. Isikan ruangan "Enter the message as it's shown *" , Saya kena letak juga bot verification nak elak abuse query dari orang yang tak bertanggungjawab.
4. Tekan button submit, dan tunggu keputusan keluar.
Kalau dah tak terkeluar tu bermakna nomber pendaftar tu salah atau syarikat tu yang tak berdaftar under SSM. So jaga jaga tau
0 Comment "Cara Semak nombor pendaftaran Syarikat & perniaggan (SSM)"
Post a Comment