4 Cara Melajukan Internet

4 Cara Melajukan Internet yang saya akan kongsikan dekat korang semua. Okay ikut semua step ni semua ni mudah je tapi tak tahu lah berkesan ke tak dekat korang kan. Dekat saya berkesan je nak kata laju tu boleh lah laju tu hehehe. Okay jom kita mula kan


4 Cara Melajukan Internet

1. Mengunakan CMD


  1. Connect ke internet..on wifi..
  2. Click pada Start Menu, dan taipkan cmd di bahagian search
  3. Di cmd, taipkan ipconfig/all dan tekan enter
Melajukan internet mengunakan CMD    4.  Cari maklumat IP Address dan Default Getaway dan salin(warna hijau dibak)

5.   Taipkan ping [IP address ATAU Default Getaway] -t dan tekan enter
  6.Korang akan nampak reply seperti di bawah ni. Biarkan windows cmd terbuka sepanjang  korang online.

 
Kalau korang nak lagi senang boleh je copy IP korang tu dekat sini -> http://www.whatismyip.com/


2. Ubah Setting dengan TCP Optimizer




TCP Optimizer ni korang tak perlu install pun.Cuma download dan run saja.Dengan perisian ni korang boleh ubah setting-setting yang ada dalam komputer dengan mudah.Korang boleh pilih kelajuan internet yang korang nak.Contoh Internet korang lajunya 5mbps, jadi korang cuma perlu tarik slider yang ada dalam TCP Optimizer ni ke 5mbps dan Apply changes.Korang mungkin kena restart komputer.


Software ni direka oleh SpeedGuide dan software ni direka untuk melajukan internet dan broadband.TCP Optimizer ini sangat senang digunakan walaupun bagi newbie dan yang tidak mahir menggunakan komputer.

Download : TCP Optimizer

Dibawah saya ada sediakan setting yang berkesan untuk lajukan internet


1. Setelah software tersebut di buka, pada tab Connection Speed, setkan nilai kepada 100+Mbps
2. Setkan Network Adapter Selection korang kepada connection yang korang guna. [Pilih yang seperti dalam gambar]
3. Pada tab Choose Setting, pilih "Custom" sehingga tab MTU boleh diedit
4. Setkan nilai 1440 di kotak MTU seperti dalam gambar diatas.
5. Tick menu "Optimal" di Choose Setting dan klik "Apply Changes"
6. Apabila keluar satu windows yang baru, klik "OK"
7. Restart PC/Laptop anda.




3. Cari dan Guna DNS Terlaju


4 Cara melajukan internet


Apa itu DNS dan Apa kesan kepada internet?


Komputer menggunakan alamat IP untuk menyambung antara satu sama lain. Alamat IP adalah satu siri nombor yang bertindak sebagai alamat digital yang membolehkan komputer untuk menghantar maklumat secara berulang-alik antara komputer anda dengan Internet. Apabila anda melihat IP, anda dapat melihat rentetan panjang nombor yang mudah untuk komputer ingati, tetapi ia bukan dibuat untuk manusia (jadi, sukar untuk kita mengingatinya. Jadi, untuk memudahkan manusia, sistem DNS dicipta.)

Senang cerita DNS ni untuk memudahkan kita hafal URL seperti www.reaperz.net daripada nak hafal IP yang panjang.

Setiap pembekal talian internet mempunyai DNS mereka yang tersendiri.Tetapi bukan semuanya laju.Jadi apa yang kita nak buat ialah tukar DNS asal kepada DNS yang lebih laju iaitu DNS yang terdekat dengan kawasan kita.

Macam mana nak cari dan guna DNS yang lebih laju?

Gunakan Namebench ataupun DNS Jumper.

Untuk tutorial menggunakan Namebench korang boleh tengok di SINI .


4. Gunakan Browser yang Lebih Laju

Cara Melajukan Internet

Setiap browser mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Ada browser yang laju dan ada yang tidak.
Sebagai contoh di dalam browser test yang dijalankan oleh Toms Hardware, kita dapati bahawa pelayar Internet paling baru dan paling laju ialah Google Chrome. Tetapi, jika anda memerlukan addons yang ada di dalam Firefox, anda juga boleh download dan installnya sebagai browser kedua anda.

Download :
Google Chrome

Mozilla Firefox
Opera
Safari for Windows

0 Comment "4 Cara Melajukan Internet"

Post a Comment