Keyword atau kata kunci adalah perkara utama yang kita mahu orang baca di blog kita. Kata kunci ialah perkataan atau ayat yang akan ditaip oleh pencari maklumat di kotak carian Google atau Yahoo mahupun Bing bagi mencari informasi. Jika kata kunci tersebut merupakan kata kunci yang digunakan dalam entri blog kita, maka blog atau entri kitalah yang akan berada paling atas di enjin carian tersebut.
Keyword Entri SEO Tu Macam mana? - Tips SEO Blogspot
Saya sertakan contoh-contoh di bawah ini untuk anda lebih faham mengenai kata kunci atau keyword. Perlu diingatkan, kata kunci boleh jadi satu huruf, satu perkataan, dua perkataan, satu baris ayat malah satu perenggan ayat sekalipun.Di atas adalah contoh-contoh kata kunci yang mungkin pencari maklumat gunakan. Apabila blog anda ada ciri-ciri SEO yang bagus, entri akan berada di paparan paling atas, yang memungkinkan blog anda mendapat trafik hanya kerana kata kunci tadi.
Tidak Perlu Jadi Popular Untuk Ciri SEO
Blog anda tidak perlu ada ramai pengikut, banyak follower atau menjadi blogger terkenal untuk SEO ini. Apa yang perlu anda tahu ialah menggunakan kata kunci dalam penulisan entri di blog anda.Sekarang, dah faham apa itu kata kunci? Kalau dah faham .. bagus, sekarang boleh la aplikasikannya dalam blog ehh.
p.s: Cuba tengok contoh-contoh di atas, lihat dan cuba selidik sendiri kenapa entri tersebut berjaya di enjin carian, lihat cara penulisan dan di mana letaknya kata kunci dikatakan itu dalam entri yang ditulis.
Sangat gramatis maksud tuan...mudah fahami..tq sharing ilmu seo...sy yakin dan pasti seo sgt penting bagi blogger...sebabnya dari situ kita tahu sejauh mana keyword kita berada di top page Google (SERP).
ReplyDelete