Wakil Malaysia menerima Kotak hitam Pesawat MH17

Donetsk (Ukraine): Kumpulan pemberontak pro-Russia menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat MH17 kepada pegawai Malaysia di sini, hari ini.
Mereka juga mengisytiharkan gencatan senjata di zon 10 kilometer mengelilingi lokasi nahas umtuk membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan itu dengan selamat.
“Kami membuat keputusan untuk menyerahkan kotak hitam kepada pakar Malaysia,” kata perdana menteri Donetsk People’s Republic Alexander Borodai.
Kumpulan pakar Malasia dan puak pemberontak menandatangani protocol sebelum kedua-dua kotak hitam itu diserahkan.

Pakar Malaysia (kiri) meneliti kotak hitam milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 semasa pemulangannya dari puak pemisah pro-Rusia hari ini. – Gambar Reuters, 22 Julai, 2014.
WAKIL Malaysia menerima kotak hitam pesawat MH17. FOTO AP

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Donetsk Republic kerana menyerahkan dua kotak hitam ini yang hak milik Malaysia,” kata seorang ahli kumpulan Malaysia.

“Kotak hitam ini dalam keadaan baik dan hanya mempunyai sedikit kerosakan sahaja,” katanya.

Kotak hitam ini dipercayai dapat membantu dalam siasatan nahas penerbangan MH17 yang dikatakan ditembak jatuh pluru bepandu, Khamis lalu.

Ia mempunyai rakaman perbualan dalam kokpit semasa penerbangan serta maklumat penerbangan lain. - AFP

0 Comment "Wakil Malaysia menerima Kotak hitam Pesawat MH17"

Post a Comment